PENGENALAN
Agama merupakan satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan perpaduan ummah dalam proses sosialisasi rakyat. Nilai-nilai murni dikongsi bersama oleh pelbagai agama iaitu Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Adalah penting nilai-nilai sejagat yang positif ditonjolkan daripada membangkitkan perbezaan dan keanehan yang merendahkan maruah mana-mana pihak. Sebagai prinsip dan pedoman hidup, amalan agama hendaklah menyokong kesaksamaan, keamanan, keadilan,toleransi dan kesejahteran rakyat.
Malaysia merupakan salah satu Negara yang berbilang kaum yang dapat menjalani hidup dengan aman dan harmoni. Antara tiga kaum yang utama di Malaysia Melayu, Cina dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad lamanya. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain
Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama
secara sukarela. Amalan ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman
berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan
keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda
yang mengetahui maksud gotong royong dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan
memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya
bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa
untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran
tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti
yang sama.
Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal
dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini,
tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa.
Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi
sarang pelbagai penyakit seperti aedes.
Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk
sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan
amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak
memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat
mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga
kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada
satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan
dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum.
Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi
menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan
terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan
wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan
maju.
Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana
kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. KEBERSIHAN ITU
SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang
islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah
s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya
menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.
Huraian Isi
1. mengeratkan
perpaduan sesama kaum
masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.
Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sekiranya hal
ini dilakukan pastilah akan melahirkan keadaan yang aman. Benarlah amalan
gotong-royong boleh mengeratkan perpaduan ahli masyarakat.
2. Mempercepat
dan memudahkan sesuatu kerja
Hal ini demikian kerana kerja yang dilakukan dapat
dilakukan bersama-sama. Contohnya, bergotong-royong menjayakan majlis
perkahwinan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu
kerja. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan dan lebih
memperkenalkan ada-adat contohnya adat melayu kepada kaum yang lain
3. Memperkukuh
semangat antara kaum
Hal ini demikian kerana masyarakat dapat mengambil
berat hal-hal kaum yang lain. Contohnya, kita boleh menolong kaum lain yang
menghadapi kesusahan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mengukuhkan
hubungan antara kaum. Betullah bahawa amalan gotong-royong memberikan banyak
kebaikan.
4. Memupuk nilai positif dalam diri kita.
Contohnya, gotong-royong antara kaum di sekitar
kawasan perumahan dapat membersih dan menceriakan kawasan perumahan dan memupuk
nilai mencintai keindahan alam sekitar serta mementingkan kebersihan. Kesannya,
kita akan menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar,
masyarakat dan diri sendiri.
5. menghidupkan
semangat kejiranan.
Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara
mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk
membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat
dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan
merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan
secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan
untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.
Kesimpulan
Kesimpulannya,aktiviti bergotong royong ini amat penting dan
perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi
serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang
hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan
silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat
antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.
Saranan kami suapaya ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan
gotong-royong kepada anak-anak sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu ibu
bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-anak
mereka. Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak
mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Peranan guru pula disamping
tugas hakiki mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa memberikan nasihat dan
tunjuk ajar tentang kelebihan gotong-royong. Seterusnya, Kementerian Pelajaran
melalui pihak sekolah mestilah memperbanyak aktiviti yang mendorong pelajar
menjalankan aktiviti gotong-royong. Disamping itu, masyarakat sekeliling
sentiasa perlu menyokong segala program yang diatur untuk tujuan tersebut di
samping menjadi cerminan kepada golongan pelajar. Tidak ketinggalan juga
peranan media massa amat penting untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan
gotong-royong kepada golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan.
Golongan pelajar juga perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini
jika sentiasa diutamakan.
Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan
yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk
hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi
pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu
disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari
kelak.
Tq 🐯🌉
ReplyDeleteYlh
ReplyDelete