Monday 16 January 2017

Amalan Gotong-Royong

PENGENALAN

Agama merupakan satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan perpaduan ummah dalam proses sosialisasi rakyat. Nilai-nilai murni dikongsi bersama oleh pelbagai agama iaitu Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Adalah penting nilai-nilai sejagat yang positif ditonjolkan daripada membangkitkan perbezaan dan keanehan yang merendahkan maruah mana-mana pihak. Sebagai prinsip dan pedoman hidup, amalan agama hendaklah menyokong kesaksamaan, keamanan, keadilan,toleransi dan kesejahteran rakyat.

Malaysia merupakan salah satu Negara yang berbilang kaum yang dapat menjalani hidup dengan aman dan harmoni. Antara tiga kaum yang utama di Malaysia Melayu, Cina dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad lamanya. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain



Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong  dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing.  Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.

Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
                                             

Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.



Huraian Isi 


1.      mengeratkan perpaduan sesama kaum

masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan melahirkan keadaan yang aman. Benarlah amalan gotong-royong boleh mengeratkan perpaduan ahli masyarakat.
2.      Mempercepat dan memudahkan sesuatu kerja
 Hal ini demikian kerana kerja yang dilakukan dapat dilakukan bersama-sama. Contohnya, bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu kerja. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan dan lebih memperkenalkan ada-adat  contohnya adat melayu kepada kaum yang lain

3.      Memperkukuh semangat antara kaum
 Hal ini demikian kerana masyarakat dapat mengambil berat hal-hal kaum yang lain. Contohnya, kita boleh menolong kaum lain yang menghadapi kesusahan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mengukuhkan hubungan antara kaum. Betullah bahawa amalan gotong-royong memberikan banyak kebaikan.

4.      Memupuk nilai positif dalam diri kita.
 Contohnya, gotong-royong antara  kaum di sekitar kawasan perumahan dapat membersih dan menceriakan kawasan perumahan dan memupuk nilai mencintai keindahan alam sekitar serta mementingkan kebersihan. Kesannya, kita akan menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan diri sendiri.

5.      menghidupkan semangat kejiranan.
Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.


Kesimpulan




Kesimpulannya,aktiviti bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.

Saranan kami suapaya ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan gotong-royong kepada anak-anak sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-anak mereka. Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Peranan guru pula disamping tugas hakiki mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang kelebihan gotong-royong. Seterusnya, Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah memperbanyak aktiviti yang mendorong pelajar menjalankan aktiviti gotong-royong. Disamping itu, masyarakat sekeliling sentiasa perlu menyokong segala program yang diatur untuk tujuan tersebut di samping menjadi cerminan kepada golongan pelajar. Tidak ketinggalan juga peranan media massa amat penting untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan gotong-royong kepada golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan. Golongan pelajar juga perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini jika sentiasa diutamakan.


Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.